BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, July 31, 2009

Study smart, not study hard....

Mulai dari hari ni, ikutkan perkiraan asal, tinggal 3 bulan sahaja lagi untuk aku dan kawan2 yang lain menghadapi STPM.
huh....
So, aku perlu mula baca nota2 ringkas jak. NO more thick and boring books!
Latihan2 perlu gak sebab dari latihan lah kita boleh tahu kelemahan dan kekuatan kita. Betul kan?...



to be continued.........

percubaan pertama.....chewah!

Huh....adakalanya hidup ini memerlukan kita untuk meluahkan apa yang terbuku dalam hati. Kata orang, kalau tak diluahkan, boleh gila jadinya. Huhu.....
Kerana semua itulah, aku memulakan blog ini. Sebagai medium untuk aku berbicara, meluahkan isi hati, pendapat dan bermacam-macam benda lagi. Boleh juga aku memantapkan lagi Bahasa Melayu aku. Memandangkan dalam STPM ni subjek tu menjadi salah satu subjek yang aku ambil.
Baiklah. Mula dengan diri aku.

Mohd. Safwan bin Junit nama aku. Dari kecil sampai sekarang, dah banyak nama panggilan yang aku terima. Dari Adi, Edi, Anrian (entah dari mana aku dapat nama ni), Jess (nama panggilan ahli Pussycat Dolls yang aku minat, Jessica) dan Rachael (yang paling aku suka). Huhu...

Aku mula wujud ke dunia ni pada 23 Ogos 1990. Sekarang aku dah berumur 19 (kalau ikutkan tahun, memang 19, tapi 22 hari dari hari ni aku baru naik 18). Aku suka makan apa sahaja, asalkan HALAL dan enak dimakan. Ikut mood juga. Minuman....yang menghilangkan dahaga (hahaha). Warna kegemaran aku: merah jambu paling utama, kombinasi hitam + merah jambu + putih + merah. Hijau dan biru pun ok juga. Huhu....

Aku mula bersekolah sewaktu aku berumur 6 tahun di Tadika Kemas Kg. Muhibbahraya. Kemudian, aku naik darjah satu di Sekolah Kebangsaan Muhibbahraya, Tawau. Lepas 6 tahun menimba ilmu di sekolah tu dan berbekalkan keputusan 3A,2B ketika UPSR, aku kemudian berjaya naik ke tingkatan satu. Dunia baru aku tempuhi di Sekolah Menengah Kebangsaan Tawau. Huh.....jambatan menuju dunia yang sebenar. Sewaktu PMR, aku memeperolehi 4A dan 4B. Tak puas hati sangat dengan pencapaian aku tu. Aku teruskan pengajian dalam tingkatan 4 di sekolah tu. Aliran sains yang dipilih (atas nasihat pelbagai pihak, ahli keluarga aku), walaupun sains bukan minatku. Sebenarnya aku mahu memilih aliran sastera sebab aku ni lebih kepada seni. Tapi, dah takdir sains yang dipilih. 2 tahun berlalu. Dan akhirnya banyak juga A yang ku perolehi dalam SPM. ( 3A1, 2A2, 1B3, 1B4, 3C5).

Kini, aku menyambung pengajian dalam tingkatan 6. Aliran kemanusiaan. Subjek-subjek yang aku ambil adalah Sains Sukan, Ekonomi, Bahasa Melayu dan Pengajian Am. Huh....bebanan dalam tingkatan 6 ni memang banyak. Tapi, semuanya tu mendewasakn kita. Betul kan?...

Urm....
Rasanya itu sahaja yang aku nak kenalkan tentang diri aku yang sederhana ni....tak seberapa pun. Apapun, kalau nak tahu lebih lanjut, lawat-lawat lah friendster saya. taip sahaj email mohd_safwan23@yahoo.com. And you'll see all about me.....


chow!!!!!



to be continued...............